Klinik Pergigian Dr Sidi : Terengganu Football Club Sponsor 2021

TAJAAN TAHUN KEDUA BUAT KLINIK PERGIGIAN DR SIDI

Selepas menjadi Penaja pada tahun 2020, Klinik Pergigian Dr Sidi memberikan kata positif apabila bersetuju untuk menyambung pernajaan kepada Terengganu Fc pada tahun 2021 dalam bentuk perkhidmatan pada para pemain Terengganu Fc. Klinik Pergigian Dr Sidi adalah klinik yang diuruskan oleh anak negeri Terengganu iaitu, Sydi Ahmad Luqman Bin Roslan yang juga merupakan Pengarah Urusan bagi pengurusan klinik ini. Klinik ini bertempat di PT35427, Jalan Dataran Austin 2, Dataran Austin, Kuala Nerus, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.


Klinik pergigian ini mula beroperasi pada 1 Januari 2018 dan sejak beroperasi ianya menjadi antara destinasi utama pemain-pemain pasukan Terengganu Football Club untuk melakukan pelbagai rawatan berkaitan gigi. Klinik Pergigian Dr Sidi menawarkan pelbagai jenis rawatan termasuklah tampalan gigi ( Filling ), cuci gigi ( Scalling ), Cabut gigi ( Extraction ), pemutihan gigi, porcelain veneer, self ligate braces dan sebagainya.


Pengarah urusannya, Dr. Sydi menyatakan beliau melihatkan kerjasama diantara pihaknya bersama Terengganu Football Club (TFC) akan memberikan kebaikan untuk kedua-dua pihak dimana beliau melihatkan kerjasama ini juga adalah antara medium atau cabang terbaik bagi pihaknya untuk mula mendidik orang ramai tentang kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan gigi kerana ianya dilihat sebagai sesuatu yang selalu dipandang remeh oleh masyarakat setempat malah hampir keseluruhan rakyat di Malaysia.


Menurutnya lagi, beliau amat berbesar hati untuk menjadi salah sebuah entiti yang menyumbang buat pasukan Terengganu memandangkan beliau juga sebenarnya adalah salah seorang peminat tegar bagi pasukan ini sejak belia kecil disamping beliau melihatkan bahawa TFC sendiri mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam memberikan pulangan dari sudut pemasaran buat penaja-penaja mereka.


Kontrak kerjasama tajaan telah selesai ditandatangani diantara pihak Klinik Pergigian Dr Sidi dan juga Terengganu Football Club (TFC) yang diwakili oleh Ketua Pegawai ekskutif TFC, Encik Ab Rasid Bin Jusoh dan diiringi oleh Ketua Pegawai Operasi iaitu Encik Mohd Sabri Bin Abas dan kini Klinik Pergigian Dr Sidi telah sah menjadi klinik pergigian yang akan menaja segala rawatan bagi pemain dan pegawai pasukan TFC untuk tahun kedua 2021 mengikut kadar dan nilaian yang terdapat pada perjanjian dan semestinya kerjasama ini juga dapat membantu meringankan beban buat pemain-pemain TFC terutama bagi pemain yang masih berada di usia yang muda.


Selamat datang ke keluarga besar TFC 2021 !


#TerengganuFC
#WeBleedBlackAndWhite
#Winbackmission


Kredit to : Terengganu Football Club

Klinik Pergigian Dr Sidi : Terengganu Football Club Sponsor 2020

KLINIK PERGIGIAN DR SIDI TANDATANGANI KONTRAK TAJAAN TFC MUSIM 2020

Klinik Pergigian Dr Sidi adalah klinik yang diuruskan oleh anak negeri Terengganu iaitu,  Sydi Ahmad Luqman Bin Roslan yang juga merupakan Pengarah Urusan bagi pengurusan klinik ini. Klinik ini bertempat di   PT35427, Jalan Dataran Austin 2, Dataran Austin, Kuala Nerus, 21300 Kuala Nerus, Terengganu. Klinik pergigian ini mula beroperasi pada 1 Januari 2018 dan sejak beroperasi ianya menjadi antara destinasi utama pemain-pemain pasukan Terengganu Football Club untuk melakukan pelbagai rawatan berkaitan gigi. Klinik Pergigian Dr Sidi menawarkan pelbagai jenis rawatan termasuklah tampalan gigi ( Filling ), cuci gigi ( Scalling ), Cabut gigi ( Extraction ), pemutihan gigi, porcelain veneer, self ligate braces dan sebagainya.

 

Pengarah urusannya, Dr. Sydi menyatakan beliau melihatkan kerjasama diantara pihaknya bersama Terengganu Football Club (TFC) akan memberikan kebaikan untuk kedua-dua pihak dimana beliau melihatkan kerjasama ini juga adalah antara medium atau cabang terbaik bagi pihaknya untuk mula mendidik orang ramai tentang kesedaran menjaga kebersihan dan kesihatan gigi kerana ianya dilihat sebagai sesuatu yang selalu dipandang remeh oleh masyarakat setempat malah hampir keseluruhan rakyat di Malaysia.

 

Menurutnya lagi, beliau amat berbesar hati untuk  menjadi salah sebuah entiti yang menyumbang buat pasukan Terengganu memandangkan beliau juga sebenarnya adalah salah seorang peminat tegar bagi pasukan ini sejak belia kecil disamping beliau melihatkan bahawa TFC sendiri mempunyai nilai komersial yang tinggi dalam memberikan pulangan dari sudut pemasaran buat penaja-penaja mereka. Beliau menambah, dengan pertahmbahan kehadiran pemain-pemain Terengganu yang menjalani rawatan di kliniknya pada tahun ini (2019) juga adalah faktor yang mendorongnya untuk menjadi rakan penaja buat pasukan TFC dalam usaha meringankan beban pemain-pemain pasukan ini.

 

Kontrak kerjasama tajaan telah selesai ditandatangani diantara pihak Klinik Pergigian Dr Sidi dan juga Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang diwakili oleh Setiausaha Eksekutif PBSNT, Encik Mohd Syahrizan Mohd Zain dan kini Klinik Pergigian Dr Sidi  telah sah menjadi klinik pergigian yang akan menaja segala rawatan bagi pemain dan pegawai pasukan TFC bermula tahun 2020 mengikut kadar dan nilaian yang terdapat pada perjanjian dan semestinya kerjasama ini juga dapat membantu meringankan beban buat pemain-pemain TFC terutama bagi pemain yang masih berada di usia yang muda.

 

Selamat datang ke keluarga besar TFC 2020!

 

Kredit to : Terengganu Football Club

Scroll to Top